Isu-Isu Semasa Yang Mempengaruhi Pengeluaran Getah di Malaysia
Kelestarian Industri
Kebanyakan ladang-ladang getah di Malaysia adalah kebun kecil yang tidak menjana pendapatan yang mencukupi untuk menyara kehidupan pengusaha ataupun penoreh getah. Oleh kerana itu getah tidak dihasilkan secara mampan dan hasil getah dari industri hiliran negara kami terdedah kepada risiko pematuhan sosial di pasaran luar negara.
Penoreh Getah Yang Mahir Semakin Kekurangan
Generasi baru mengelak daripada menjadi penoreh getah kerana upahnya terlalu rendah berbanding dengan pilihan-pilihan lain. Selain itu, penorehan secara tradisional memerlukan kemahiran yang khusus, dan kerjanya juga berat.
Justeru itu, dianggarkan bahawa 50% kebun kecil getah di negara kini di dalam keadaan yang terbiar dan tidak dipelihara. Ini telah menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran susu getah yang amat ketara.
Risiko Sektor Pemprosesan dan Industri Hiliran kepada Ketidakpatuhan Terhadap Piawaian Undang-Undang Buruh dan Norma Sosial di Pasaran Luar Negara
Industri pemprosesan kami yang pernah menjadi juara dunia (pemprosesan getah gred teknikal seperti SMR) sangat bergantung kepada getah mentah yang diimport.
Sektor industri hiliran kami, terutamanya sarung tangan perubatan, mengimport 400,000 MT getah cecair setiap tahun dari negara jiran.
Risiko ketidakpatuhan piawaian buruh antarabangsa adalah tinggi kerana buruh paksa dan buruh bawah umur disyaki berleluasa di negara jiran.
Ketidakpatuhan terhadap piawaian ini mungkin menyebabkan industri hiliran Malaysia disekat dari dieksport ke pasaran negara-negara barat atas kebimbangan perhambaan zaman moden.
Industri Getah Dari Semasa Ke Semasa
Penurunan ketara sejak 2006
Pengurangan Tanah Perladangan
69% penurunan pengeluaran sejak 1988
Kebun Kecil Getah Terbiar, Pokok-Pokok Tercedera, Penyakit Daun Merebak dan Merosotkan Hasil
Punca kemerosotan pengeluaran getah di Malaysia adalah penurunan harga getah yang berlarutan, disamping kenaikan kos sara hidup serta upah yang lebih baik di industri lain. Kesan keseluruhan mengakibatkan pelbagai bencana yang menjejaskan usaha pekebun kecil untuk terus menoreh. Oleh kerana usia penoreh mahir yang sedia ada semakin lanjut, mereka tidak lagi dapat meneruskan kerja fizikal berat yang diperlukan untuk mengusahakan kebun-kebun dan ladang mereka. Kekurangan penoreh mahir mengakibatkan kecederaan pokok oleh penoreh yang kurang cekap. Pokok-pokok yang sedia ada juga menjadi kurang produktif kerana kerja-kerja agronomik tidak dilakukan, seperti pembajaan ladang dan kebun dan kerja-kerja pembuangan rumpai-rumpai. Selain itu, penyakit pokok juga melanda pekebun dan peladang getah, seperti penyakit daun pestalotiopsis.
Tanah getah yang terbiar
Kecederaan pokok akibat penorehan yang tidak mahir
Penyakit Daun Pestalotiopsis
Penyelesaiannya: Pengusahaan Intensiti Rendah – Kaedah “Tebuk dan Kumpul”
Kaedah “tebuk dan kumpul” adalah satu cara mengeluarkan susu getah tanpa keperluan kemahiran menoreh tradisional.
- Kaedah ini hanya memerlukan pekerja yang dilatih secara am. Ia tidak memerlukan tenaga mahir ataupun pengetahuan khusus
- Kaedah ini tidak memerlukan daya tenaga berat seperti penorehan tradisional. Oleh itu, lebih banyak pokok boleh diusahakan dalam masa yang sama. Pekerja boleh mengusahakan kawasan yang lebih besar
- Kaedah ini sama mudahnya untuk pokok-pokok getah yang tua dan dengan yang muda. Bandingkan ini dengan penorehan tradisional, di mana pokok-pokok yang matang mempunyai lilitan yang lebih lebar untuk ditoreh.
- Pokok getah, terutamanya klon LTC, akan menumbuh dengan lebih cepat kerana pokok tidak perlu menggunakan tenaga dan nutrisi untuk menyembuhkan parutan torehan pada kulitnya.
- Penjimatan masa dari kaedah ini boleh disalurkan kepada aktiviti-aktiviti agronomik untuk meningkatkan hasil di ladang, seperti penggunaan baja dan pembuangan rumpai-rumpai. Masa yang dijimati juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain
Bagaimanakah Kaedah “Tebuk dan Kumpul” Dilakukan?
Rumusan Ringkas
Alat-Alat Khas Yang Diperlukan untuk Kaedah “Tebuk dan Kumpul”
Pembuang Lapisan Kulit Kering Pokok
Perangsang Khas Berasaskan CPO
Alat Pencucuk
Perisai Hujan (hakcipta Perisai Hujan dipelihara)
Melindungi Getah Cecair dari Air Hujan dan Aliran Air Selepas Hujan
Lapisan kulit kering pokok getah
Kulit pokok selepas lapisan kering dikikis
Perisai Hujan mengalihkan air hujan dari jaluran susu getah, dan juga berfungsi sebagai pemandu susu getah
Susu getah dipandukan ke dalam mangkuk getah
Tirai hujan melindungi hasil getah